Tuesday, May 3, 2011

Tired Mode….

Walaupon cuti 3 hari tapi letihnyer tetap sama jerk macam tidak ada cuti lansung. Heheheh…Menguruskan hal ehwal pendaftaran G masuk Kolej memang meletihkan tambah2 bila ada anak2 kecil tapi Alhamdulillah semua hal sudah selesai. Harap G belajar rajin2 di sana.

So macam biasa aku Cuma nak cover cerita masak memasak jer. Nak cerita bab2 lain tuh rasa macam tidak menarik pulak.Nak cerita bab Sofea dan Wafiq memang atk cukup jari aku nak menaip. Nak cerita pasal diri sendiri lagikla tidak ada cerita yang menarik.So baik kita cerita pasal cerite makan mesti seronok kan…?

Hari Jumaat petang tuh memang jammed gile maklumla semua orang nak balik ke kampong ditambah pulak dengan hujan yang lebat sepanjang seminggu. Aku jer yang setia di sini tidak sempat nk balik jenguk2 mak di kampong. Huhu

hu memang rindu nak balik tapi tunggulah dulu sebab banyak perkara yang perlu diselesaikan then baru hati senang nak balik kampong pon. So petang jumaat tuh aku tengah fikir2 nak masak ker nak beli jer untuk dinner for that night. Maklumla my husband ada dinner Cuma kena fikirkan untuk anak2 dan juga adik. Disebabkan perasaan yang rajin membuak2 untuk memasak so aku decide nak masak simple dish for dinner.

A few days before that kitaorng ada pergi makan kt Delifrance Kota Kemuning. Wafiq dan Sofea punyalah laju je makan baked rice kat situh. So aku rasa baked rice pon ok for dinner. Kebetulan masa lunch hour Jumaat tuh ada office mate nak pergi ke bakery shop kat area Giant Shah Alam nih aku pesan sekali belikan mozzarella/cheddar shredded cheese. Okla murah .

Sampai jer rumah aku terus berhempas pulas masak baked rice and Chicken Chop with Broccoli. Saje aku namakan chicken chop selepas belek dan membelek menu tuh aku rasa ropaan dan rasa tak lari jauh dari resepi chicken chopla.kekke

Ini ropaan nasik goreng sebelom ditabur dengan cheese. Bahan-bahan adalah terpulang kepada individu.

Taburkan chesse di atas nasik tadi.Disebabkan aku hanya menggunakan mangkok jadi agak susah nk selang selaikan nasik dan cheese tuh.

So inilah ropaan terakhir baed rice aku.Nanti next time buat boleh gunakan aluminium foiled tuh atau casserole pan supaya nasik tidak terlalu kering.

Bolehla untuk first time buat baked rice nih.lagik pon masak dalam keadaan kelam kabut.

Sementara baked rice siap dan masih dalam oven, aku siapkan pulak chicken chop.Aku beli ayam yang bahagian dada buang kulit2 dan tulang2 lembut tuh potong dalam bentuk bite size supaya senang nak masuk dalam mulut.Selalu kalau aku buat cicken nugget aku akan perap dulu ayam tuh dalam buttermilk supaya daging ayam tuh more tender an moist tapi aklai nih tidak sempat so aku buat mana yang ada la.So aku perapkan dulu ayam tuh denagn blackpepper and salt.Lepas tuh sediakan tepung dan telur untuk dicelup sebelom digoreng.Mula celop dalam tepung lepas tuh dalam telur dan lagik sekali dalam tepung baru rangup.Itu aku tengok dalam rancangan Jamie Oliver. memang berkesan dan rangup dan sedap.


Ayam goreng

Ketulan ayam yan sudah siap digoreng. Lepas nih nak sediakan kuah pulak.Mula2 aku rebuskan dulu broccoli tuh dalam air yg dimasukkan sedikit garam.Lepas tuh tumisla bawang merah dan bawang putih. Aku suka guna bawang besar dan dipotong besar2 sedap ooo masa makan.lepas tuh masukkan hirisan cendawan agak2 dh masak sikit masukkan air.Aku gunakan cendawan dalam tin cap Ayam Brand.Masukkan chicken stok yang dalam botol tuh cap Maggi, Blackpepper sos cap Life, serbuk balckpepper dan whitepepper.Masak seketika bagi masak sikit aku tak masukkan garam pon sebab chicken stok tuh dah cukup masin lepas tuh masukkan bancuhan tepung jagung untuk melikatkan kuah lepas tuh barulah masukkan broccoli yang sudah direbus tadi. Sudah siap. Lepas tuh tuangkan kuah nih ke atas ayam goreng tadi memang sedap.

Mini Chicken Chop

Ayam goreng sebenarnya ada di bawah timbunan broccoli dan cendawan tuh heheheh....nanti aku akan buat siaran ulangan memasak menu nih dan amik gambo guna kamere cantiks ikit supaya nampak lagik clear.

Selesai masakan untuk satu malam.

The next day iaitu hari sabtu aku tak masak apa2 pon sebab nk pergi daftarkan aidk aku ke kolej perubatan di Pusat Bandar Damansara.So kitaorng terus makan kat luar jer.Lepas pergi tengok2 rumah sewa a.k.a hostel kitaorng terus balik rumah tido.Letih hoooo....

Hari Ahad tak ada aktiviti yang menarik just lepak2 kat rumah. Sesambil mengemas rumah basuh kain baju. Sebok cari barang2 keperluan adik aku tambah2kan mana yang tidak cukup tuh.Untuk breakfast aku masakkan nasik lemak jer makan sampai tengahari hhahahh...semua orang kenayng sampai ke tengahari. So untuk minum petang aku just goreng nugget and buat tauhu balls.Walaupon tidak mendapat sambutan yang menggalakkan tapi aku suka tauhu balls nih.Laki aku memang susah sikit nk makan bende pelik2 hasil ciptaan aku nih.

Tauhu balls yang sebelom digoreng

Crunchy

Tauhu balls:

  1. Lenyekkan tauhu menggunakan garfu lagik cepat dan senang.
  2. Masukkan bahan2 seperti carrot/daun sup ikut kepada citarasa masing2.
  3. Perasakan dengan garam, blackpepper, whitepepper, chicken stok.
  4. Sedikit tepung gandum dan telur sebiji.
  5. Bulat2kan bancuhan tadi kalau lembik tambahkan lagik tepung gandum.
  6. Golekkan bebola tauhu atas tepung gandum, celupkan bebola tauhu dalam telur dan golekkan lagik sekali tauhu ke dalam tepung lepas tuh baru di goreng.Hasilnya amat mengagumkan.


So ari Isnin pagi baru aku masak breakfast sebab tengahari nnti nak pergi hantar adik aku ke hostel dia kan. So sebelum dia pergi sana kenala makan kenyang2 dulu hehehehh.So pagi tuh aku just masak nasik goreng dan pancake. Dah lama sangat2 aku tak buat pancake nih. Dulu2 masa WAfiq kecik dia tak berapa suka nk makan pancake dia memang choosy kid la tension aku.Tapi sekarang dia dah besar dah tak memilih sangat bab makan tambah pulak Sofea memng jenis makan smeua benda so aku pon buatla Peanutbutter with oats pancake.Mehler tengok...

Peanutbutter with Oats Pancake

Peanutbutter with Oats Pancake:

  1. Masukan 7-8 tbsp gula,1 biji telur, 1tbsp butter. Pukul hingga sebati menggunakan senduk.
  2. Masukkan peanutbutter. Gaul hingga sebati.
  3. Masukkan tepung serbaguna, oats, soda bicarbonate, baking soda secubit garam.Gaul.
  4. Masukkan sedikit air dan sedikit full cream milk dan vanilla.Gaul hingga sebati.
  5. Sukatan air, susu, tepung, oats aku maian agak2 jer sebab buat dalam portion yang kecik.
  6. Bancuhan tuh agak2 boleh disenduk, tidak terlalu pekat dan cair.
  7. Panaskan kuali dengan sedikit minyak.Masukkan bancuhan tepung dan masak sehinga masak.
  8. Siap.

Sementara tunggu masa menghantar adik aku ke hostel, aku masakkan mee untuk Wafiq dan Sofea. Memandangkan dorang semua masih kekenyangan jadi mee adalah pilihanterbaik tak adala terlalu berat dan ringan.Lagipon dorang berdua nih memang suka makan mee.

So aku masakkan simple veggie mee with fish balls.


Veggie Mee with Fish balls

Aku selalu masukkan broccoli as a sayur into my kids meals. Bukan apa budak2 nih memang susah nak makan sayor.Macam Wafiq dia sejak dari kecik memang lansung tak nak makan sayor. So broccoli is a good choice for me as the tekstur is very soft and he even do not realize when munching it. Sofea ok jer..aku lenyek2kan broccoli tuh dengan nasik atau roti dia telan jerk.Lagipon aku memang suka makan broccoli.

Tata....